SARAH M.KHIR
Perkasa yakin bahawa
siasatan yang akan dibuat adalah tulus dan hasil siasatan akan diumumkan
secara terperinci mengikut format Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI). -
Foto TRP/Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR- Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa) menyambut baik pengumuman awal Pasukan Petugas Khas yang
dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja
Malaysia dan Bank Negara Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Peguam
Negara Malaysia berhubung dakwaan dana yang disalurkan ke akaun Perdana
Menteri hari ini.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata
makluman awal mengenai siasatan yang dibuat telah membantu meredakan
kegelisahan orang ramai berkaitan isu itu.
“Penjelasan mengenai tindakan hasil
Siasatan Pasukan Petugas Khas berkenaan dakwaan dana yang disalurkan ke
akaun Perdana Menteri melegakan orang ramai yang pasti membantu
meredakan kegelisahan orang ramai yang semakin memuncak”, katanya
menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Ibrahim berkata pihaknya percaya rakyat tidak akan membuat apa jua spekulasi sehingga siasatan pasukan petugas khas selesai.
Jelasnya, Perkasa yakin bahawa siasatan
yang akan dibuat adalah tulus dan hasil siasatan akan diumumkan secara
terperinci mengikut format Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI).
Ini juga katanya, akan membantu pelbagai persepsi yang timbul mengenai hasil siasatan berkenaan.
“Pembangkang yang ghairah terutama DAP
dan PKR yang berharap dapat meraih ‘political mileage’ juga wajar dan
bersabar menunggu laporan siasatan.
“Tak ke mana gunung di kejar. Perkasa
tetap dengan pendirian yang benar tetap benar dan yang salah tetap
salah, tidak kira siapa.
“Semoga pasukan siasatan diberi kekuatan
dan hidayah oleh Allah SWT mencari kebenaran demi rakyat dan negara
Malaysia kita yang tercinta,” katanya.
No comments:
Post a Comment