KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan hanya dokumen yang tidak penting terbakar dalam kejadian di Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.


Beliau berkata demikian melalui laman Twitternya berkata, kebakaran berlaku di tingkat 10 yang merupakan pejabat pentadbiran Jabatan Siasatan Jenayah.

Menurutya, hanya koridor di tingkat 10 yang terbakar dan mahukan orang ramai menghentikan khabar angin.

“Hanya dokumen tidak penting di koridor Ting 10 @PDRMsia yg terbakar. Bhg pej selamat. Ting 10 adalah pej tadbir JSJ. Hentikan khabar angin,” katanya dalam statut Twitternya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang tadi, tiga jentera dari Balai Bomba Hang Tuah, Sentul dan Titiwangsa bergegas ke tempat kejadian dan mengawal kebakaran.
bukit aman terbakar3
Twitter Khalid mengesahkan hanya dokumen tidak penting di koridor di tingkat 10, terbakar. – Foto Twitter KPN
Khalid turut mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilapokan dan punca serta kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Penolong Ketua Urusetia (Komunikasi Korporat), Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, kebakaran bermula di tingkat 10 sebelum merebak ke tingkat sembilan.
bukit aman terbakar1
Anggota bomba dan polis Bukit Aman melihat bekas kebakaran di tingkat 10 Menara 
Dua Bukit Aman selepas berlaku kebakaran – Foto ihsan PDRM
Menurutnya, kebakaran di kawal anggota Polis dan Bomba dan Penyelamat yang berada di tempat kejadian.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya yang enggan mendedahkan dokumen yang terbakar dalam kejadian itu.
bukit aman terbakar2
Anggota polis Bukit Aman melihat kerosakan akibat kebakaran di tingkat 10 Menara 
Dua yang berlaku pada kira-kira jam 5 petang tadi. – Foto ihsan PDRM