Thursday, July 30, 2015

MH370: Lokasi Penemuan Serpihan Konsisten Dengan Analisis Data - JACC

MSTAR ONLINE


Serpihan komponen sayap pesawat yang ditemui orang awam yang membersihkan kawasan pantai di Pulau Reunion.
 
 
PETALING JAYA: Pihak berkuasa Australia berkata lokasi penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion, timur lautan Hindi, konsisten dengan analisis data bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Sekiranya serpihan yang ditemui di Pulau Reunion itu disahkan milik MH370, ia akan konsisten dengan analisis data bahawa pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Serpihan tersebut akan diteliti pakar untuk mengenal pasti asal-usulnya. Malaysia bertanggungjawab dalam siasatan dan menguruskan pemeriksaan tersebut dengan bantuan Boeing," kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) dalam satu kenyataan pada Khamis.

JACC juga berkata sebarang bukti penemuan terbaharu akan digunakan untuk terus memperbaiki usaha pencarian pesawat tersebut.

Pulau Reunion adalah sebuah kepulauan di Perancis yang terletak di Lautan Hindi, kira-kira 175 kilometer (km) dari barat daya kepulauan Mauritius manakala 900km dari Madagascar, di luar pantai timur Afrika.

1 comment:

awekaste said...

Udah2lah tu mbak dok merapu cam tak ada cerita lain aje.