MALAYSIAKINI
Umno Tanjung Malim memutuskan untuk membatalkan hasrat menjemput Menteri
Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merasmikan serentak mesyuarat
tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu, esok.
Ketua bahagian tersebut, Datuk Khusairi Abdul Talib memberitahu SuaraTV,
ia bagi memastikan suasana politik di peringkat bahagian itu kekal
aman.
Katanya, beliau telah berbincang dengan ketua-ketua sayap terbabit dan
mereka sepakat membatalkan hasrat menjemput Mukhriz dan digantikan
dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk
merasmikan mesyuarat berkenaan.
”Keputusan ini dibuat bagi menjaga suasana aman politik di Tanjung Malim
agar tiada sebarang masalah kerana kami tidak mahu unsur-unsur yang
boleh memecah belahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Presiden,
Datuk Seri Najib Tun Razak” katanya kepada SuaraTV.
No comments:
Post a Comment