IKHWAN HAZWAN
Ahli Parlimen
DAP-Seremban, Anthony Loke berkata cadangan yang diutarakan oleh
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu tidak mustahil menjadi
kenyataan sekiranya Najib terus berdolak-dalih. - Foto TRP/Mokhsin
Zamani
KUALA LUMPUR - DAP tidak menolak bahawa akan berlakunya
satu demonstrasi jalanan yang akan diadakan secara besar-besaran bagi
meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan
penjelasan mengenai tuduhan Wall Street Journal.
Ahli Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke
berkata cadangan yang diutarakan oleh beberapa pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) itu tidak mustahil menjadi kenyataan sekiranya Najib
terus berdolak-dalih.
Menurutnya, suara yang mahukan
demonstrasi diadakan semakin kuat pada setiap hari dan Perdana Menteri
harus memberi jawapan segera.
“Sekiranya Perdana Menteri tidak meletak jawatan atau setidak-tidaknya bercuti bagi membolehkan siasatan diadakan.
“Kalau beliau terus berdolak-dalih, saya
tidak menolak kemungkinan bahawa satu gerakan demonstrasi besar-besaran
akan diadakan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertemuan di
Parlimen di sini hari ini.
Terdahulu, aktivis sosial menggesa
supaya rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana ia dilihat
sudah tidak lagi bebas.
“Semua dah letih, rakyat dah tahu. Namun
persoalannya adalah apakah tindakan wajib kita ambil. Pada saya, tidak
ada lain kita susun gelombang rakyat, kepung Parlimen.
“Saya yakin tidak akan ada tindakan
undang-undang yang akan diambil dan jalan raya adalah pilihan kita
sebelum ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” ujarnya.
Tambah Anthony Loke lagi, gerakan itu
nanti akan melibatkan semua pihak termasuk parti politik, gerakan
mahasiswa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Jelasnya, kerjasama antara pihak-pihak tersebut dilihat akan mewujudkan sebuah gerakan rakyat secara keseluruhan.
“Kalau tidak ada penafian dan penyiasatan yang jujur maka tidak mustahil gerakan rakyat akan menjadi kenyataan,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment