SHAH ALAM - Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin didakwa memberi impak paling teruk kepada sektor pendidikan negara kembali menempatkan dua menteri berbeza seperti sistem lama.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan itu diambil atas
perkiraan politik semata-mata bukannya mengambil kira kepentingan awam.
“Rombakan Kabinet baru-baru ini oleh Perdana Menteri telah mengundang
kritikan pelbagai pihak. Ini terutamanya kerana langkah itu dibuat atas
perkiraan politik semata-mata dan bukan mengambil kira kepentingan awam.
Salah satu sektor yang akan menerima akibat paling teruk di dalam hal
ini adalah di dalam bidang pendidikan.
“Rombakan itu telah memperlihatkan kerajaan berbalik semula kepada
sistem sebelum ini dengan meletakkan dua menteri berlainan bagi
Pendidikan dan Pendidikan Tinggi.
"Pelantikan Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan, menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang kini begitu mengharapkan reformasi sebenar di dalam sektor pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
"Pelantikan Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan, menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang kini begitu mengharapkan reformasi sebenar di dalam sektor pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak beberapa tahun ini, pendidikan menjadi perdebatan hangat susulan
kegagalan sistem baharu yang diaplikasi sehingga mengganggu prestasi
pelajar.
Menurutnya, penstrukturan semula kementerian pendidikan akan
membantutkan sebarang usaha pemulihan sistem susulan pertukaran menteri
akan turut melibatkan perbezaan agenda setiap menteri itu.
“Seperti yang sedia maklum, setiap menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan akan mengetengahkan agenda sendiri dan ketidakselarasan itulah antara sebab mengapa masalah di dalam sektor pendidikan ini berlaku. Oleh itu, setiap usaha yang telah dijalankan baru-baru ini untuk memulihkan sektor pendidikan mungkin sia-sia.
“Penstrukturan semula Kementerian Pendidikan akan mengakibatkan
kekeliruan dan membantutkan sebarang usaha pemulihan, terutamanya kerana
sistem yang dahulu baru sahaja ditetapkan berikutan pelantikan Kabinet
tahun 2013.
“Rasanya semua sudah tahu bahawa sektor pendidikan negara ini sedang
mengalami penyusutan, dan rombakan ini langsung tidak membantu dalam
meningkatkan prestasinya,” katanya.
No comments:
Post a Comment