Sikap tenang dan tidak berdendam telah mengangkat
darjat Muhyiddin dari 'Pemimpin yang digugurkan' kepada 'Pemimpin yang
dihormati'.
PETALING JAYA : Selebriti Datuk Aznil Nawawi memuji sikap yang ditonjolkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tenang dan tidak berdendam walaupun digugurkan dari Kabinet.
Aznil berkata, sikap positif yang ditunjukan Muhyiddin itu telah mengangkat darjatnya dari ‘Pemimpin yang digugurkan’ kepada ‘Pemimpin yang dihormati’
“Kalau bukan calang-calang pemimpin, dendam amarah pasti dibakar terutama ketika mengetahui sokongannya kuat ketika ini,” katanya menerusi laman sosial Instagram.
Aznil yang lebih mesra dipanggil Pak Nil juga memuji sikap Muhyiddin yang masih lagi tebal dengan harga diri.
“Tabik pada TSMY kerana ketika manusia mula lupa peradaban, beliau masih tebal dengan harga diri.
TSMY tidak membakar kelambu hanya kerana marah pada nyamuk sebab kebakaran kelambu boleh marak sehingga membakar rumah.
“TSMY, anda tak kalah bila mengalah. Allah mempunyai rencana yang lebih baik buat TSMY. Insyaallah,” ujarnya.
Menerusi laman sosial Instagram itu juga, Aznil menyeru orang ramai mencontohi sikap yang ditampilkan oleh Muhyiddin.
“Ya Allah! Luhurnya hati pemimpin ini. Tak boleh kah sikap begini dijadikan contoh pada saya dan kita semua?” tulisnya.
Aznil membuat pujian itu susulan kenyataan Muhyiddin yang sedia bekerjasama dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam UMNO walaupun telah digugurkan dari Kabinet.
No comments:
Post a Comment