Tuesday, July 7, 2015

Muhyiddin mahu tapi malu-malu ganti Najib

 
Perasaan malu-malu Muhyiddin akan berkurangan jika lebih banyak kumpulan masyarakat sedia tampil dan memberikan sokongan kepadanya menjadi Perdana Menteri.


Muhyiddin Mohd Yassin,melaysia



PETALING JAYA : Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin masih malu-malu untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata,
perasaan malu-malu Muhyiddin akan berkurangan jika lebih banyak kumpulan masyarakat sedia tampil dan memberikan sokongan kepadanya.

katanya , pemimpin, parti politik, NGO, individu berintergriti dan pelbagai kumpulan berpengaruh dalam masyarakat seharusnya tampil memberi sokongan dan rangsangan kepada Muhyiddin kerana isu yang berlaku kini bukan lagi bersifat kepartian, sebaliknya demi menyelamatkan serta menjaga maruah negara di persada antara bangsa.

“Para pemimpin UMNO yang masih berbaki setia terhadap Najib, sedarlah bahawa ketika ini adalah masa untuk memikirkan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

“Jika semua sayangkan negara, Muhyiddin yang ‘mahu tapi malu-malu’ harus terus dibantu serta dirangsang, manakala Najib yang tiada perasaan malu itu pula tentu saja perlu ‘diajar’ kali ini,” katanya dalam entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.

Menurut Shahbudin, di mana- mana sahaja kedengaran keinginan agar Muhyiddin segera bertindak bagi mengambil alih kepimpinan kerana isu yang timbul itu dianggap peluang terbaik baginya yang tidak seharusnya dilepaskan.

Katanya, ia merupakan momentum kedua yang membuka ruang kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri setelah momentum pertama mengenai video ucapannya di Janda Baik itu dibiarkan begitu sahaja.

“Gambaran yang barangkali sesuai mengenai perasaan dan isi hati Muhyiddin Yassin ketika ini ialah ‘mahu tapi masih malu-malu’, manakala Najib Razak pula, di sebalik mahu terus bertahan seperti sudah ‘tiada perasaan malu’ lagi,” tulisnya.

No comments: