Sunday, December 6, 2009

UMNO Buat Apa Sahaja Untuk Menang PRU13?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN (sabahkini)


1MALAYSIA sudah diserapkan ke seluruh kakitangan Kerajaan. Lambang 1Malaysia sudahpun dibuat logo terlekat di dada kiri setiap kakitangan Kerajaan. Bila diumumkan oleh Najib Razak, bahawa 1Malaysia bertujuan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, kitapun berfikir, memberi andaian, menjangkakan bahawa 1Malaysia ini merupakan satu lagi projek mega Barisan Nasional yang merupakan ‘modal insan’ yang membawa keuntungan kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun, hakikatnya, jauh meleset.

Hingga ke hari ini para pemimpin UMNO buat rebut-ribut pasal 1Malaysia. Ke sana-sini menjadi bahan ucapan mereka. Hasilnya masih kabur. Ia tidak lain dari sebuah lagi cogan kata yang baru berjenama UMNO untuk menyatupadukan kefahaman rakyat kepada ikatan perpaduan dalam UMNO itu sendiri.

Ia sama seperti UMNO bersama PARTI PERIKATAN dulu dan UMNO bersama BARISAN NASIONAL sekarang. Tujuannya sama untuk menyatupadukan rakyat Malaysia ke dalam Barisan Nasional.

1Malaysia itu cuma merupakan satu pembaharuan semangat bercogankata baru demi Barisan Nasional dan UMNO yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan pengundi muda dalam PRU 2008. Selain itu apa?

Untuk rakyat kenaikan petrol membebankan, yuran sekolah kanak kanak, kos hidup rakyat, cukai permakanan cukai pintu rumah dinaikan. Semua ini membebankan para pengundi yang miskin yang telah memberi mandat kepada Kerajaan UMNO/BN memerintah. Tapi pengundi terus hidup dibebankan.

Untuk berkuasa, para pemimpin UMNO akan buat apa sahaja termasuk terus memujuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. Kalau Anwar Ibrahim jadi faktor kekuatan Pakatan Rakyat, Anwar akan dihancurkan. Tidak hairan kalau kes liwat Anwar itu satu fitnah kerana pengaruh Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat dianggap oleh para pemimpin UMNO sebagai luar biasa. Ia boleh menggugat UMNO/BN dari berkuasa dalam PRU13 nanti.

Di otak pengundi hari ini sudah terfikir, kalau SPRM, polis, SPR, boleh diatur oleh Kerajaan, kenapa pula tidak boleh diatur hakim untuk Anwar Ibrahim masuk penjara? Pengundi bilang kes liwat itu fitnah, setelah diatur maka hakim pun bilang Anwar bersalah ikut trend Mahathir dulu.

Sebenarnya Anwar Ibrahim bukanlah menjadi faktor utama untuk UMNO dan BN itu lemah. Tapi, sama ada Anwar Ibrahim di dalam atau diluar penjara, itu bukan soal pokok kerana yang penting pengundi sendiri sudah bosan dengan tekanan hidup, kerana itu pengundi sendiri yang mahu berubah, sebab UMNO tidak tahu untuk berubah.

Kes liwat Anwar Ibrahim, banyak perkara yang tidak masuk akal. Meragukan. Bagi seorang anak muda berusia 23 tahun, tidak mungkin akan diam-diam sahaja ‘pasang belakang’ untuk diliwat?

Tidakkah ada usaha lain untuk drama ‘tendang menendang’ berlaku macam dalam filem Kungfu? Orang tua berusia 61 tahun sekali sahaja ditendang, akan tersungkur jatuh. Boleh sahaja patah kaki kalau orang muda yang tendang. Tendang dari belakang dan ‘flying kick’ lagi kuat daripada tendang dari hadapan. Susah untuk diyakini terlalu banyak alibi, dari doktor pun ada alibi, namun hanya tinggal alibi kerana BN ada motif yang tersembunyi?.

No comments: