SELANGOR KINI
SHAH ALAM - Tourism Selangor menerima Anugerah sebagai ‘Agensi Promosi Pelancongan Negeri Terbaik’ pada Majlis Makan Malam Anugerah Libur yang diadakan di Matrade Exhibition Centre, malam kelmarin. Anugerah itu menyuntik semangat baru kepada Tourism Selangor untuk melancarkan kempen Tahun Melawat Selangor yang bertemakan Selangor Bersinar pada tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong ketika mengucapkan tahniah atas kesungguhan mereka dalam memajukan industri pelancongan Selangor berkata, anugerah tersebut layak diterima kerana Tourism Selangor sememangnya berusaha bersungguh-sungguh dalam mempromosikan industri pelancongan di negeri ini.
Sebanyak 20 kategori dipertandingkan pada anugerah yang merupakan usaha berterusan majalah LIBUR (salah sebuah majalah berkonsepkan pelancongan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd) dalam memartabatkan industri pelancongan negara sejak tahun 2006.
Usaha ini merupakan kerjasama pintar pihak media dan kerajaan dalam menyemarakkan lagi sektor pelancongan domestik dan antarabangsa.
No comments:
Post a Comment