KUANTAN, - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa campurtangan dalam isu penyelewangan "projek parkin berbayar" Majlis Perbandaran Kuantan (foto), dibelakang bangunan Kuantan Center Point dekat sini. Ini kerana, pembinaan parkir yang "hidup segan mati tak mahu" itu dilihat jelas sekali mempunyai unsur-unsur rasuah yang melibatkan pegawai dalam jabatan itu sendiri. Perkara ini didedahkan oleh orang ramai yang sering menggunakan kawasan terbabit selama ini.
Tinjauan krew kami mendapati, projek parkir yang separuh siap itu masih tidak digunakan sehingga ke hari ini. Ia sungguh mengelirukan rakyat, kerana kawasan pembinaan "parking" terbabit dipercayai bukan hak milik pihak terbabit. Malah ia adalah kawasan milik pemaju Kuantan Center Point iaitu Exact Development Sdn Bhd.
Difahamkan kawasan tersebut akan dimajukan sebagai sebuah bangunan hotel oleh pihak pemaju sekitar bulan Jun tahun depan dan kerja-kerja berkenaan dijangka akan bermula seawal bulan Mac 2010 nanti. Oleh itu, mereka mempersoalkan apakah kewajaran pihak Majlis Perbandaran Kuantan membina "parking berbayar" di kawasan tersebut. Menurut sumber, kawasan terbabit tidak sepatutnya dijadikan parkir berbayar kerana ia bukan tanah milik MPK.

Bukti, pembinaan siap tidak diguna dan bakal dorobohkan akhirnya
Logikkah kerja-kerja pembinaan seperti ini cecah angka RM125,000?
Namun, atas kebijaksanaan beberapa pegawai di jabatan terbabit, tiba-tiba terbinanya parking berbayar yang dikatakan menelan belanja mencecah RM125,000. Tindakan pihak terbabit membenarkan projek berkenaan dibina adalah amat mengelirukan sama sekali.
Ini kerana, kawasan lapang itu dipercayai akan dimajukan oleh pemiliknya awal tahun depan. Justeru itu, kenapa pihak MPK tergesa-gesa membina projek yang sehingga kini masih tidak digunakan sepenuhnya. Malah, jika ia digunakan sekali pun, sudah pasti akan dirobohkan semula oleh pemaju dan pemilik tanah berkenaan.
Risikan kami mendapati, terdapat unsur penyelewengan yang nyata dalam kes ini. Wang rakyat sengaja mahu dirompak secara berhemah oleh beberapa kerat individu atas nama projek pembangunan. Walhal, mereka sebenarnya tahu yang tapak terbabit adalah milikan individu dan sebarang pembangunan atas tanah terbabit perlulah mendapat kelulusan daripada tuannya. Namun, perkara ini tidak berlaku. Malah pihak terbabit dipercayai mengelirukan pemiliknya, dengan membazirkan wang rakyat untuk membina projek di kawasan tersebut secara tergesa-gesa.

Sedangkan, ia tidak mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pemilik tanah berkenaan. Perkara ini amatlah dikesali, dan terbukti wujudnya penyelewengan. Wang ratusan ribu digunakan sewenang-wenangnya, atas projek yang tidak wajar dibina itu. Lantaran itulah, projek berkenaan dipercayai tersadai sehingga ke hari ini dan tidak digunakan.
Hanya terdapat beberapa buah kenderaan yang diletakkan dikawasan terbabit. Malah, terdapat juga sebuah pondok attenden parking dan bangsal yang telah dibaik pulih oleh pihak terbabit. Malah, kawasan lapang yang selama ini tidak bertar telah ditarkan oleh pihak berkenaan.
Dipercayai, kawasan berbumbung yang dibaik pulih itu, menjadi kawasan parking untuk kakitangan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), manakal kawasan tidak berbumbung khas untuk orang awam. Namun, jika dilihat daripada kos sebenar projek berkenaan maka ternyata ia adalah satu penyelewengan. Kos pembinaan yang sebenarnya dipercayai langsung tidak mencecah ke angka ratusan ribu ringgit.
Soalnya sekarang, mengapa wang sebanyak itu digunakan untuk satu projek yang tidak bermakna?. Wajarkan ia didirikan diatas tanah individu yang bakal membangunkan tanah terbabit awal tahun depan?. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?. Ahli Majlis, orang awam atau pegawai majlis perbandaran itu sendiri?. Semua ini bermain difikiran rakyat.

[Diharap pihak SPRM dapat melakukan siasatan terperinci untuk membawa pegawai yang tidak amanah dan bertanggungjawab ini ke muka pengadilan. Mereka tergamak merompak wang rakyat, kemudian dalam masa yang sama pihak MPK terus mendera rakyat dengan tindakan saman parking yang keterlaluan.
Difahamkan, kawasan parkir terbabit tidak digunakan sehingga ke hari ini biarpun kerja-kerja berkenaan telah disiapkan. Inilah padahnya, bila ada manusia yang bekerja untuk kepentingan peribadi masing-masing tanpa memikirkan rakyat. Buat pembinaan atas tanah milik peribadi kemudian berhajat mengutip bayaran daripada orang awam. Sedangkan kawasan itu mahu digunakan untuk pembangunan oleh pemilik dalam masa terdekat. Jika pun ia digunakan sekarang, apakah berbaloi dan berjaya mengutip jumlah RM125,000 wang rakyat yang dibazirkan terhadap projek tersebut sehingga bulan Mac tahun depan. Inilah yang dikatakan buat kerja tidak menggunakan otak dan fikiran sebenarnya !!].

No comments:
Post a Comment