Thursday, December 17, 2009

PBT perkenal email terima aduan

Sabri Said


SEBERANG PERAI : Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan menyediakan satu kemudahan khusus bagi memudahkan masyarakat dikawasan itu membuat aduan mengunakan internet.

Ianya akan diguna bermula tahun hadapan menggantikan kaedah lama menggunakan sistem surat menyurat dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dianggap tidak lagi berkesan dizaman ini.

Ahli Majlisnya, Haji Fadhil Kemi ketika diminta mengulas perkembangan itu berkata, impian mendapat kemudahan demikian sudah lama dihasratkan memandangkan ianya lebih memudahkan masyarakat membuat aduan.

"Alhamdullah apa yang diharapkan oleh saya sewaktu mula dilantik sebagai wakil PAS di MPSP sudah diberi perhatian apabila Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Jait sendiri mengakui keberkesanan sistem berkenaan, " katanya ketika sidang media bangunan MPSP, Bandar Perda pagi tadi.

Beliau yang dua penggal menjadi wakil PAS dalam MPSP berharap, semua rakyat yang ingin menyampaikan maklumat terutamanya aduan perlu membiasakan diri dengan penggunaan e-mail.

Menurutnya lagi, melalui e-mail ia lebih mudah dan mengurangkan masa perbincangan dalam mesyuarat penuh MPSP setiap bulan.

Kaedah tersebut juga katanya membolehkan beliau membalas aduan bila-bila masa tanpa perlu menunuggu ianya dikemukakan dalam mesyuarat penuh MPSP atau jabatan berkaitan.

"Jika aduan panjang mereka usah lagi menaip untuk SMS sebaliknya gunakan sahaja e-mail MPSP manakala jika aduan pendek dan ringkas rakyat boleh terus gunakan SMS seperti biasa," katanya lagi.

Sebelum ini, MPSP menerima aduan yang dikemukan secara bersurat sebelum dibawa sebagai perbincangan kedalam mesyuarat bulanan MPSP dan kaedah tersebut mengambil masa yang lama.

Sementara itu, seorang lagi wakil PAS dalam MPSP, Abdul Rahman Ramjan pula mencadangkan, agar Kerajaan Negeri memberikan peruntukan membeli sebuah komputer riba untuk kemudahan setiap ahli majlis.

"Zaman Sains dan Teknologi Ahli Majlis perlu dibekalkan dengan komputer riba baru nampak efesyen selari dengan sistem aduan menerusi e-mail, " jelasnya.

Bagi YDP MPSP, semua cadangan itu akan diambil kira dan melihat kepada kewangan MPSP pada masa depan.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Perlesenan MPSP, Mohd Faizal Hasan, Setiausaha Perbandaran, Zainol Abidin dan Pengarah Bahagian IT MPSP, Lee Mon Nah

No comments: