Saturday, December 5, 2009

Mamat Exist gagal hadir kes cerai

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Permohonan lafaz cerai oleh isteri penyanyi Mamat Exist, Marshila Mustapa di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam terpaksa ditangguhkan pada 24 Februari 2010 setelah mahkamah dimaklumkan suaminya itu masih berada di Singapura.

Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi ketika menetapkan tarikh tersebut berkata, kegagalan Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 31, hadir pada prosiding semalam menyebabkan perbicaraan kes berkenaan tidak dapat diteruskan.

Kehadiran Mamat selaku defendan adalah penting bagi mengesahkan berlakunya lafaz cerai.

Terdahulu, Marshila, 29, yang hadir bersama ibu saudaranya memberitahu telah menghubungi defendan namun memberitahu dia tidak dapat hadir.

Marshila memberitahu Mamat melafazkan cerai pada 28 Oktober lalu di rumah mereka dan disaksikan tiga anak mereka.

Lafaz tersebut didakwa berbunyi:

"Saya ceraikan awak,” dan Marshila tidak menafikan punca berlakunya lafaz berkenaan adalah disebabkan orang ketiga.

“Saya memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai sehari selepas itu dan hari ini (semalam) kes disebut kali pertama di mahkamah,” katanya.

:Bagaimanapun Marshila memberitahu, notis saman tidak diserahkan kepada suaminya sebaliknya lelaki itu dimaklumkan olehnya melalui panggilan telefon.

Dia juga memberitahu, Mamat ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin mengatakan pasportnya ditahan pihak berkuasa Singapura.

“Dia maklumkan tidak dapat hadir kerana masih dalam jaminan polis ekoran terlibat dalam kes kecurian telefon bimbit di Singapura,” katanya.

Mamat akan dihadapkan ke mahkamah Singapura pada 23 Disember depan berhubung kes kecurian telefon bimbit tersebut.

No comments: