SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) sebagai ganti menaikkan tarif elektrik.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ketika negara sedang berdepan krisis kewangan dan pengguna Malaysia sedang berdepan peningkatan ketara dalam kos kehidupan dan bayaran lumayan kepada IPP adalah tidak mapan.
Menurutnya, rundingan semula PPA adalah untuk melihat ke hadapan dan untuk mengkaji semula pulangan yang akan dibenarkan kepada IPP serta mengenal pasti keperluan orang ramai pada masa depan.
“Kerajaan tidak meminta IPP untuk memulangkan” keuntungan lumayan mereka yang diperolehi mereka sebelum ini.
“Hanya satu yang tinggal ialah IPP yang sebahagian besarnya terus tidak terusik dan mengaut keuntungan besar malah apabila pihak industri berdepan masalah akibat kenaikan kos bekalan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mohamed berkata, elektrik adalah keperluan dan keuntungan berlebihan daripada komoditi penting ini seharusnya tidak dibenarkan hingga menjejaskan kualiti kehidupan rakyat Malaysia.
Menurutnya, semua peserta industri lain telah memainkan peranannya seperti Petronas melalui subsidi gas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui penyerapan kos yang tinggi dan pelanggan melalui tarif yang tinggi.
No comments:
Post a Comment