Monday, December 14, 2009

JKM selesai 68,457 kes

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Sebanyak 68,457 daripada 70,000 kes yang membuat permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan menerusi Projek Gempur Kebajikan (PGK) yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Oktober lalu.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata PGK diperkenalkan apabila masyarakat mengadu proses mendapatkan bantuan JKM rumit walaupun sudah mengisi borang.

“Saya gembira kerana PGK yang diperkenalkan awal Oktober lalu berjaya menyelesaikan sebanyak 68,457 daripada 70,000 kes tertunggak di seluruh negara.

“Itu kejayaan besar kementerian kerana mampu menyelesaikan 90 peratus masalah dilaporkan dalam tempoh singkat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Persekutuan, di Kawasan Parlimen Kepong, semalam.

No comments: