Thursday, December 3, 2009

H1N1 catat 73 kes, 5 kematian di Makkah

SINAR HARIAN ONLINE


MAKKAH - Hanya 73 kes Influenza A (H1N1) dengan lima kematian direkodkan dalam kalangan 2.5 juta jemaah sepanjang musim haji tahun ini.

Kenyataan itu diucapkan Menteri Kesihatan, Abdullah Al-Rabeeah dipetik akhbar Arab News.

Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Jeneral Saad Al-Tuwaijri berkata, jumlah kemalangan semasa musim haji tahun ini mencatatkan penurunan yang besar berbanding berbanding tahun sebelum ini.

"Penurunan tersebut banyak dibantu oleh pembinaan jambatan Jamrat dan peluasan 30 peratus kawasan Arafah ," katanya.

Saad berkata, projek berkenaan banyak melicinkan tugas-tugas pihak Pertahanan Awam dan jabatan kerajaan sepanjang musim haji.

"Ia juga membolehkan jemaah menunaikan haji dengan mudah dan selesa," katanya lagi.

No comments: