Thursday, December 17, 2009

Amaran angin kencang dan laut bergelora

BERNAMA


KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Condore, Reef North dan Layang-layang di Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga 23 Disember depan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, kegiatan sukan dan rekreasi laut, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini.

Angin kencang Timur Laut itu juga diramal berlaku di perairan Samui (Kalantan dan Terengganu), Tioman (Pahang dan Johor Timur), Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (pantai Barat dan Kudat) dan Palawan bermula esok hingga 23 Dis depan.

Sehubungan itu, kawasan pantai di pantai timur Semenanjung (Kelantan, Terengganu dan Pahang) adalah terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sepanjang tempoh tersebut, kata kenyataan itu.

Keadaan ini juga amat berbahaya kepada bot-bot kecil, sukan dan rekreasi laut.

No comments: