SINAR HARIAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Kira-kira 70 peratus daripada 4,000 syarikat di Wilayah Persekutuan yang dikenal pasti berpotensi untuk membayar zakat perniagaan masih belum berbuat demikian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.
Katanya, walaupun syarikat tersebut mempunyai potensi namun mereka mungkin masih belum mampu menepati syarat 'Nisab' dan 'Haul' iaitu kadar keuntungan yang diperoleh dalam tempoh setahun bagi mewajibkan mereka membayar zakat.
“Kami sedang mengusahakan jalan terbaik untuk meningkatkan keprihatinan mereka menjelaskan zakat perniagaan kerana ia merupakan ibadah wajib tetapi kita faham ada di antara syarikat-syarikat tersebut mampu untuk berbuat demikian tetapi masih belum layak disebabkan tidak menepati syarat ‘Nisab’ dan ‘Haul’,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dan Agihan 2009 di sini hari ini.
Jamil Khir, yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) menyasarkan jumlah kutipan zakat sebanyak RM230 juta sehingga penghujung tahun ini dan sejumlah besar daripadanya adalah melalui zakat perniagaan.
No comments:
Post a Comment