Friday, December 18, 2009

3,538 kakitangan awam P. Pinang terima bonus tambahan

Ali Hashim


PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil inisiatif dengan memberi bonus tambahan kepada 3,538 kakitangan awamnya sebagai tanda menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh mereka bagi membantu kearah pembangunan negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, pemberian bonus pada peringkat awal sebanyak RM500 setiap orang dan tambahan sebanyak RM250 menjadikan keseluruhan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dibawah Dana Bantuan Khas Kewangan 2009 adalah sebanyak RM2,653,500.

"Pemberian dibawah Dana Bantuan Khas Kewangan 2009 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM824,750 bagi kumpulan perkhidmatan sokongan manakala RM59,750 adalah bagi kumpulan pengurusan dan profesional gred 41 hingga 54.

"Kerajaan Negeri tidak akan melupakan kakitangannya yang memberi perkhidmatan bersungguh-sungguh bagi memastikan negeri ini mencapai pembangunan yang diharapkan.

"Sejajar dengan itu sumbangan yang telah diberikan oleh mereka ini juga dihargai bagi meringankan beban mereka terutamanya dalam musim perayaan dan juga sesi persekolahan yang akan datang," katanya.

Menurut Lim lagi sebagai sebuah kerajaan yang mengamalkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), maka sudah pasti kakitangan yang memberi khidmat dengan penuh komitmen dan komited dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan akan diberi ganjaran dan penghargaan diatas sumbangan yang telah mereka berikan.

No comments: