SABAH DAILY
Sebanyak 34 daripada 514 projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini, sehingga bulan lepas dikenalpasti sebagai projek ‘sakit’.
Pengarah JKR Sabah, Ir. John Anthony berkata, selain itu terdapat sebanyak 66 pro- jek Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga didapati masih tergendala dan belum dimu- lakan lagi.
“Projek sakit ialah projek dalam pembinaan tetapi prestasi kontraktor tidak begitu baik dan kebanyakannya melibatkan projek pembinaan bangunan seperti kuarters kerajaan, sekolah dan pejabat daerah.
“Jadi kita akan membuat sesuatu di mana langkah awal ialah memberi amaran kepada kontraktor terbabit seterusnya membatalkan kontrak sekiranya mereka masih tidak meningkatkan prestasi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Kualiti Peringkat JKR Sabah di sini kelmarin.
Menurutnya, projek yang dilaksanakan dalam RMK-9 tersebut merangkumi pelbagai projek seperti pembinaan jalan raya, bangunan, pembentungan dan jambatan.
John berkata, sehingga kini sebanyak 70 projek telah berjaya disiapkan dengan sempurna manakala, 344 projek sedang giat dijalankan.
Dalam pada itu beliau berkata, JKR Sa- bah mensasarkan pencapaian melaksanakan projek dalam RMK-9 mampu mencapai sasaran minimum sebanyak 85 peratus.
No comments:
Post a Comment