Isnin, 18 Jun 2018

Rahman Dahlan sokong KJ tanding jawatan presiden UMNO

Kasthuri Jeevendran
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan sokongan penuh kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan sokongan penuh kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.
 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyatakan sokongan penuh kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden UMNO.

Rahman Dahlan muncul sebagai pemimpin pertama dalam UMNO yang dilihat secara terang-terangan menyokong KJ dalam bertanding jawatan tersebut.

Beliau yang juga memuat naik status dalam laman sosial berkata, andai ini berlaku, Khairy akan menetapkan tanda aras tinggi dalam parti, kata Rahman yang juga ahli Majlis Tertinggi serta pernah berkhidmat dengan ahli Parlimen Rembau itu dalam Pemuda Umno.

“#KJ4President Now that’s out of the box. Totally! #UMNOMemilih2018 (#KJ4President ini di luar kotak. Sungguh!  #UMNOMemilih2018) ,” tulis Rahman di Twitter.

KJ hari ini memuatnaik gambar borang pencalonan presiden UMNO di laman Instagramnya dengan kapsyen ‘Alang-Alang menyeluk pekasam…”. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: