Ahad, 24 September 2017

Rafizi diberi notis bankrap

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli diberi Notis Kebankrapan susulan kegagalannya melangsaikan RM306,999.17 dalam saman fitnah melibatkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). 
 
Notis tersebut disiarkan dalam akhbar tempatan pada 18 September lalu selain ia turut dialamatkan ke kediaman Ahli Parlimen Pandan itu.
 
Ia menyebut NFC dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail telah mendapatkan notis berkenaan terhadap Rafizi daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam.
 
Susulan daripada itu, Rafizi diberi tempoh tujuh hari dari tarikh penyampaian sempurna untuk memfailkan afidavit jika berhasrat membantah notis berkenaan.
 
Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rafizi memfitnah Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan NFC menerusi kenyataannya bahawa syarikat itu menggunakan dana kerajaan sebagai pengaruh untuk mendapatkan pinjaman bagi lapan hartanahnya. 
 
Beliau diperintahkan membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. 
 
Rafizi juga diperintah membayah mahkamah RM100,000 untuk kos guaman melibatkan prosiding itu.
 
Ketika ini, Rafizi berdepan hukuman penjara 18 bulan kerana mendedahkan laporan audit 1MDB tanpa sebarang pengesahan. Mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan susulan permohonan rayuan yang dikemukakan.
 
 

Tiada ulasan: