Saturday, January 1, 2022

Pengurus stesen minyak mati lemas ketika memukat

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
RAKAN Saiful Anuar Mustafa menunjukkan lokasi mangsa ditemukan mati lemas dalam kejadian bot terbalik di Ladang Rakyat Mak Lagam di Kemaman hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN: Pengurus stesen minyak di Dungun ditemukan mati lemas ketika memukat di Ladang Rakyat Mak Lagam, di sini hari ini. 

Kejadian kira-kira pukul 9.18 pagi itu meragut nyawa  Saiful Anuar Mustafa, 40. 

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, insiden itu dikatakan berlaku apabila mangsa bersama dua rakannya, Hafizuddin Rawi, 27, dan Tuan Zamri Tuan Din, 24, melakukan aktiviti berkenaan. 

Katanya, mangsa yang ketika itu berenang dengan menggunakan pelampung dipercayai tiba-tiba tersembam ke dalam air ketika naik ke darat. 

“Dua rakannya berusaha menyelamatkan mangsa dan terus membawanya ke Klinik Kesihatan Cheneh sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini. 

Azman berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. – UTUSAN ONLINE

No comments: