PERTH – Satu pasukan saintis dari Universiti Curtin, Perth, Australia berjaya mengesan sebuah objek misteri yang berada pada jaraj kira-kira 4,000 tahun cahaya dari Bumi, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Cahaya bergerak pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat.
Objek yang berkemungkinan bintang neutron itu adalah hasil gabungan beberapa teras bintang galaksi lain dan mempunyai medan magnetik kuasa ultra atau dikenali sebagai magnetar.
Semasa ia berputar melalui cakerawala, objek misteri itu menghasilkan pancaran sinaran dana selama seminit dalam setiap 20 pancaran, ia menjadi salah satu objek paling terang di langit malam.
Berdasarkan pemerhatian, ia melepaskan letupan tenaga gergasi sebanyak tiga kali sejam.
Ahli Astrofizik, Dr Natasha Hurley-Walker dari Universiti Curtin, Pusat Penyelidikan Astronomi Radio Antarabangsa (ICRAR) di Australia, mengetuai pasukan yang membuat penemuan itu.
Pasukannya sedang memetakan gelombang radio di alam semesta apabila mereka menemui potensi magnetar.
“Objek ini muncul dan hilang selama beberapa jam semasa pemerhatian kami.
“Ia agak menyeramkan bagi seorang ahli astronomi kerana tiada apa yang diketahui di langit yang melakukan perkara itu. Ia sangat dekat dengan kita, hanya kira-kira 4,000 tahun cahaya seolah-olah Ia berada di halaman belakang galaksi kita,” jelas Hurley-Walker. – Agensi
No comments:
Post a Comment