Selasa, 23 November 2021

“Uncle, kamu mahu ‘dating’ saya ke?” – Najib

 MALAYSIA POST

“Uncle, kamu mahu ‘dating’ saya ke?” – Najib

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanya kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang sama ada ingin ‘dating’ bersama susulan sering membuat kenyataan mengenai dirinya

Pertanyaan sinis berkenaan ditulis di ruangan komen di Facebook Kit Siang yang berkongsikan pandangannya mengenai kesan buruk daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, mempersoalkan tindakan pemimpin veteran DAP itu yang menurut pandangannya hampir setiap hari menyebut mengenai dirinya.

“Tiap-tiap hari Najib, Najib, Najib. Sehari kamu tak sebut nama saya, kamu tak berselera makan? Atau ‘Uncle’, kamu mahu dating saya ke?” soalnya di ruangan komen berkenaan.

Sementara itu, Kit Siang dalam kenyataan terbarunya berkata Najib mungkin akan menjadi Perdana Menteri ke-10 Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Adakah ini perkara yang layak diterima rakyat Malaysia? Untuk menolak orang yang menjadikan negara kita terkenal sebagai “kleptokrasi terburuk” dan kemudiannya menerimanya semula empat tahun kemudian.

“Sebagai seorang penyelamat negara, yang dibebaskan daripada semua pertuduhan rasuah, seakan-akan mencuba untuk mewujudkan satu contoh terbaik kleptokrasi di dunia,” katanya.

Beliau berkata, nasib baik perkara itu belum lagi menjadi satu perkara yang tidak boleh diubah sebelum PRU15 yang akan datang. – Malaysiapost

Tiada ulasan: