Jumaat, 19 November 2021

Tinggal anak dalam kereta, ibu bapa boleh didenda RM20,000 atau penjara 20 tahun

KANAK-KANAK yang lama ditinggalkan dalam kereta boleh terkena strok haba hingga membawa kematian. - Gambar hiasan

BERITA mengenai kanak-kanak terperangkap di dalam kereta sehingga ada yang meninggal dunia atau dilarikan penculik yang ingin mencuri kerana sering jadi bahan perbuatan orang ramai hingga pihak berkuasa sering mengeluarkan amran.

Bagaimanapun, kes itu masih berlaku kerana terdapat segelintir ibu bapa yang menggangap perkara tersebut tidak mungkin berlaku kepada mereka dan tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa.

Bagaimanapun, amaran terbaharu yang dikeluarkan polis menyatakan ibu bapa atau penjaga yang didapati cuai dengan meninggalkan anak bersendirian di dalam kenderaan tanpa pengawasan boleh didenda RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran itu sebagai peringatan khususnya kepada ibu bapa kerana mereka yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu akan dikenakan tindakan tanpa kompromi.

“Tiada alasan. Tiada kompromi. Kealpaan anda membawa padah. Kecuaian individu meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut PDRM, jika disabitkan kesalahan, mereka akan didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat ditinggalkan di dalam kenderaan dengan kejadian terbaru berlaku di Seremban, Negeri Sembilan pada 12 Oktober lalu.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas ditinggalkan kira-kira tiga jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan.

Pada 28 April lalu pula, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan lebih lima jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru.

Sementara itu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba setelah empat jam ditinggalkan dalam kereta yang dipandu pengetua tadika di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, pada 16 Mac lalu. – UtusanTV

Tiada ulasan: