TIDAK DIBENARKAN:
-Penganjuran ceramah/syarahan/ kempen secara fizikal
-Kempen ziarah rumah ke rumah
-Sebarang aktiviti secara walkabout
-Pengedaran pamphlet kepada orang awam secara bersemuka
-Kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara tidak dibenarkan berhenti di sepanjang laluan dalam menyampaikan ceramah
DIBENARKAN:
-Calon dan/atau jentera pilihan raya memasang banner dan bunting di dalam kawasan pilihan raya.
-Calon dan/atau jentera pilihan raya mengedarkan pamphlet bagi tujuan berkempen di peti surat penduduk sekitar dengan mematuhi penjarakan fizikal 1 meter, dihadkan tidak lebih 3 orang aktiviti pengedaran pamphlet
-Berkempen melalui kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan, namun calon perlu mendapatkan permit dari pihak polis. Tempoh masa, lokasi kempen tertakluk kepada permit
-Menggunakan aplikasi sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Wechat, Snapchat, Whatsapp, Telegram dan lain-lain aplikasi sebagai alat menyampaikan kempen.
-Calon digalakkan menggunakan rangkaian televisyen dan akhbar tempatan untuk menyampaikan kempen.
-Calon perlu mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam tempoh kempen selaras 'Norma Baharu'
-Hanya satu bilik gerakan parti dibenarkan beroperasi bagi setiap calon sepanjang tempoh berkempen bagi setiap satu DUN, dengan had kapasiti 50 peratus
LAIN-LAIN SOP:
*Calon masih tertakluk kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) semasa berkempen dan sebarang bentuk kempen melalui media massa pada hari mengundi adalah tidak dibenarkan
*Semua yang terbabit dalam PRN Melaka perlu menjalani ujian RTK Ag kendiri setiap dua hari sepanjang kempen pilihan raya berlangsung, dengan kos ditanggung sendiri.
*Setiap keputusan ujian RTK Ag kendiri (positif atau negatif) perlu dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera. Hanya yang mempungai keputusan negatif dibenarkan terbabit dalam aktiviti kempen.
*Individu dengan keputusan positif, tidak dibenarkan terbabit dalam mana-mana aktiviti kempen pilihan raya dan mengikuti garis panduan sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan