Bernama

Profesor
Roziah Mohd Janor berkata semakan yang dilakukan oleh pihaknya
mendapati Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti itu berpolitik
atau menjadi calon parti politik. - Gambar/ Bernama
SHAH ALAM:
Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menghalang mana-mana
mahasiswanya untuk menjadi calon yang bertanding dalam pilihan raya
kerana ia tidak berlawanan dengan akta universiti itu.
Naib
Canselor UiTM Profesor Roziah Mohd Janor berkata semakan yang dilakukan
oleh pihaknya mendapati Akta 173 UiTM membenarkan mahasiswa universiti
itu berpolitik atau menjadi calon parti politik.
"Sebelum
ini, sebagai contoh Akta 605 UiTM tidak membenarkan kakitangan UiTM
untuk terlibat dalam politik tetapi sejak dua tahun lepas, akta tersebut
telah diperbaiki dan dimurnikan... jadi, kita ikutlah," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas penglibatan mahasiswi UiTM Farzana
Hayani Mohd Nasir yang menjadi calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN)
Melaka dan akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai
Rambai.
Roziah juga berkata Farzana Hayani merupakan mahasiswi pertama dari UiTM yang terlibat sebagai calon dalam pilihan raya.
Ketua
Srikandi Keadilan Melaka berusia 21 tahun itu merupakan antara calon
wanita muda yang dipertaruh oleh Pakatan Harapan pada PRN Melaka.
Farzana
Hayani merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam serta
lulusan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media dari universiti sama.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan