Shuhada Abdul Kadir

Sekumpulan
jentera Srikandi Bersatu yang membantu kempen PRN Melaka diarah
kuarantin selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif
COVID-19. - Gambar hiasan
MELAKA:
Sekumpulan jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
yang membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diarah kuarantin
selepas salah seorang daripada mereka disahkan positif COVID-19.
Jentera
Srikandi dari sebuah negeri di pantai timur tanah air itu dilaporkan
menetap sementara di sebuah rumah di Semabok sepanjang tempoh PRN
berjalan sehingga 20 November ini.
Namun,
seorang Srikandi berusia 24 tahun disahkan positif COVID-19 dan
menyebabkan semua petugas yang tinggal di rumah berkenaan turut diarah
menjalani kuarantin.
“Salah
seorang daripada mereka telah menjalani ujian RTK-Antigen di sebuah
klinik swasta di Bachang dan disahkan positif Covid-19.
“Oleh
kerana itu, semua jentera Srikandi termasuk Srikandi dari Melaka yang
menetap di rumah berkenaan kemudian disahkan sebagai kontak rapat dan
diarah menjalani kuarantin, namun ada antara mereka yang tetap keluar
membantu calon berkempen,” kata satu sumber kepada Astro AWANI.
Sementara
itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman bagaimanapun
berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes
berkenaan.
“Setakat ini tiada sebarang
maklumat berhubung kes itu diterima, bagaimanapun Jabatan Kesihatan
Negeri (JKN) akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika
dihubungi Astro AWANI.
Selain
itu, beliau berkata setakat ini JKN negeri telah mengeluarkan empat
kompaun kepada penganjur parti politik berhubung pelanggaran prosedur
operasi standard (SOP) kempen pilihan raya sejak 25 Oktober hingga 7
November lalu.
Beliau turut menasihati
jentera pilihan raya semua parti untuk tidak terlalu ghairah dalam
berkempen dengan mengambil iktibar gelombang baharu COVID-19 yang
berlaku pada PRN Sabah tahun lalu
“Saya
ingin nasihatkan semua pihak supaya tidak terlalu ghairah dan tolong
jaga SOP demi kebaikan bersama kerana SOP yang dibuat bukan secara
‘semberono’, kita dah fikir masak-masak dan buat kajian di dalam dan
luar negera terutamanya apa yang berlaku pada PRN Sabah,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan