Fareez Azman

Datuk
Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka
sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh
rakyat dalam Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini. - Gambar fail
AYER KEROH:
Datuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka
sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk membentuk kerajaan
oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 20 November ini.
Mengumumkan
perkara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk
Seri Mohamad Hasan, Sulaiman dilihat sebagai pemimpin yang disenangi
rakyat Melaka serta bebas daripada isu.
"Saya
harap pentadbiran beliau diterima ramai, beliau tiada isu…Insya-Allah
jika diizinkan Allah kita jadikan Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka
yang baharu," kata Mohamad dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama BN
selepas melancarkan manifesto BN di sini pada Rabu.
Mengulas
mengenai beberapa nama yang sebelum ini turut disebut sebagai calon
Ketua Menteri daripada BN, Mohamad, pemimpin-pemimpin berkenaan
berpotensi untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri atau meneruskan
khidmat sebagai wakil rakyat.
Apa yang
utama, kata Mohamad ialah, kerajaan negeri yang bakal dibentuk lebih
stabil dan bebas daripada sebarang ancaman pemimpin yang berpaling
tadah.
"Kita mesti ada satu parti teras tubuhkan kerajaan, kalau nak kestabilan politik mesti kita sendiri tubuhkan kerajaan.
"Kerana kita tak mahu setiap ketika ada orang mengugut dan mengancam untuk tarik sokongan, akhirnya rakyat juga akan susah.
"Saya harap rakyat Melaka pada 20 November ini pilih parti (yang) telah terbukti… kita sudah ada track record yang lama dan bagi kepada satu parti teras (iaitu) BN mentadbir Melaka," jelasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan