Fareez Azman

Abdul
Majid berkata pasukan itu akan mengambil tindakan tegas kepada
mana-mana pihak yang melanggar peraturan sepanjang proses berkenaan. -
Gambar fail
AYER KEROH:
Sebuah pasukan penguat kuasa bersepadu membabitkan polis, Kementerian
Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ditubuhkan bagi
memantau prosedur operasi standard (SOP) di pusat penamaan calon Pilihan
Raya Negeri (PRN) Melaka, esok.
Ketua
Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, berkata pasukan itu akan
mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar
peraturan sepanjang proses berkenaan.
"Bagi menguat kuasa peraturan, PDRM telah mengambil pendekatan baharu di mana kita wujudkan pasukan intergrated team dalam pasukan itu terdiri daripada polis, KKM dan MKN.
"Pasukan
ini akan ambil tindakan atas kepada sesiapa sahaja yang melanggar
peraturan. Kesalahan melanggar Akta Pilihan Raya pula akan diambil
pasukan pemantau pilihan raya," jelasnya pada sidang media di sini, hari
ini.
Tambah Abdul Majid, ia bagi memastikan semua pihak patuh dengan arahan yang dikeluarkan sebelum ini.
"Tujuannya
bagi memastikan tiada pelanggaran Akta 342 dan berkaitan Akta Pilihan
Raya. Ia bagi memberi keadilan dan mengelakkan sebarang tomahan terhadap
pihak penguat kuasa kononnya mengambil tindakan tidak mengikut
peraturan.
"Hanya di Melaka kita tubuhkan pasukan ini, kerana kita berada di fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya lagi.
Mengulas
lanjut berhubung sekatan jalan raya yang akan dijalankan, tambah Abdul
Majid, ia bagi tujuan pencegahan jenayah dan bukannya sekatan
pergerakan.
"Saya telah berbincang semula dengan SPR, sekatan jalan raya adalah berdasarkan penilaian keselamatan.
"Jika
tiada desakan, sekatan jalan raya tidak akan diletakkan secara tetap,
tetapi lebih kepada pencegahan jenayah dan bukan untuk menyekat
pergerakan orang ramai," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan