Sabtu, 20 November 2021

PRN Melaka: Hanya 27 peratus keluar mengundi setakat pukul 11 pagi

Oleh ZULKIFLI MANZOR
Anggota polis mengawal lalu lintas di hadapan Pusat Pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 di Jasin, Melaka bagi memastikan keselamatan pengundi.

MELAKA – Hanya 27 peratus pengundi Pilihan Raya Melaka (PRN) Melaka telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat pukul 11 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan seramai 476,037 pengundi berdaftar layak mengundi bagi PRN Melaka hari ini dan menyasarkan 70 peratus akan keluar mengundi.

Seramai 11,557 pengundi awal dan 7,601 mengundi secara pos telah pun melaksanakan tanggungjawab mereka sebelum ini. K! ONLINE

Tiada ulasan: