Rabu, 24 November 2021

Keputusan guru mohon pertukaran 6 Disember

- Foto hiasan
- Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan keputusan permohonan e-GTukar pada 6 Disember ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata keputusan itu akan memberi ruang dan peluang kepada guru untuk membuat persiapan sewajarnya.

"Pada hujung penggal persekolahan ini, kami dapati ramai guru khususnya yang memohon pertukaran melalui e-GTukar yang bertanya bila keputusan e-GTukar akan dikeluarkan.

"Insya-Allah, kita akan keluarkan keputusan e-GTukar untuk pertukaran tahun hadapan pada 6 Disember ini. Ini akan memberi ruang kepada guru membuat persiapan yang sewajarnya.

"Sama-sama kita tunggu 6 Disember ini," katanya melalui muat naik di Facebook hari ini.

Ogos lalu, Radzi memaklumkan menerima banyak permohonan berkaitan pertukaran guru yang berharap permohonan diproses seiring dengan pengambilan guru baharu secara 'one-off' yang diumumkan KPM.

Beliau dilaporkan berkata, KPM akan cuba menyelesaikan seberapa banyak permohonan pertukaran sebelum penempatan 18,702 orang guru baharu daripada pengambilan 'one-off' terbabit.

Tiada ulasan: