Khamis, 18 November 2021

Gelombang baharu Covid-19 dua minggu lagi

MALAYSIA POST

Gelombang baharu Covid-19 dua minggu lagi

Negara dijangka akan berdepan gelombang baharu Disember ini berdasarkan jumlah jangkitan wabak itu ketika ini.

Amaran gelombang baharu itu disuarakan doktor Hospital Sungai Buloh, Dr Azfar Kamal yang menjangkakan lonjakan kes akan berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang.

Dalam ciapan di Twitternya, Azfar menjelaskan pusat Covid-19 sedang melakukan persediaan untuk menghadapi gelombang baharu.

“Wad dan unit rawatan rapi (ICU) hospital kembali dipenuhi oleh pesakit Covid-19 kategori empat dan lima.

“Tolong amalkan prosedur operasi standard (SOP), basuh tangan dan jaga jarak selain memakai pelitup muka sepanjang masa.

“Bagi mereka yang bakal ke luar negara, dapatkan dos penggalak segera. Jaga diri,” ciapnnya.

Kes baharu positif Covid-19 menunjukkan peningkatan sejak minggu lalu susulan orang ramai melakukan pergerakan rentas negeri sempena cuti Deepavali selain hampir semua sektor dibenar kembali beroperasi.- Malaysiapost

Tiada ulasan: