Ahad, 7 November 2021

BN tanding solo, ahli parti kena patuh – Shahidan

 MALAYSIA POST

KETUA Umno Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ahli Umno perlu patuh dengan keputusan parti yang menetapkan Barisan Nasional (BN) akan bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata pendirian BN telah diumumkan Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan semalam dan kini adalah masanya untuk ahli parti bekerja memastikan kemenangan calon.

“Tok Mat mewakili Umno istiharkan BN akan pergi solo dlm PRN Melaka.

“Sebagai ahli Umno kita patuh dan berkerja kuat untuk BN menang dengan cemerlang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Pagi semalam BN mengumumkan senarai calon untuk bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

Pada sebelah petangnya, Perikatan Nasional (PN) turut mengumumkan senarai 28 calonnya termasuk lapan mewakili PAS.

Perkembangan itu bakal menyaksikan berlaku sekurang-kurangnya saingan tiga penjuru di semua kerusi dengan Pakatan Harapan (PH). – Malaysiapost

Tiada ulasan: