Syaf Ziyad
PAKATAN Harapan (PH) memohon kerjasama media arus perdana memperkenalkan calon mereka kepada pengundi Melaka.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu dipatuhi dalam suasana norma baharu menjadi cabaran terbesar pakatan itu dalam menjalankan kempen sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN).
“Kami akan menjalankan kempen secara bergerak selain menggunakan media sosial, namun agak sukar untuk berkempen bertemu pengundi dari rumah ke rumah seperti kelaziman pilihan raya sebelum ini.
“Sebab itu, kita akan memanfaatkan semua ruang yang ada dalam media baru dan berharap media arus perdana terutamanya boleh memainkan peranan penting memberi ruang lebih banyak kepada calon-calon kita untuk menyampaikan mesej,” katanya dalam sidang media hari ini.
Adly yang juga bekas Ketua Menteri ketika pentadbiran kerajaan negeri PH berkata, peluang dan ruang yang diberi itu penting dalam suasana kempen norma baharu agar masyarakat dapat menerima maklumat dengan jelas sebelum hari pengundian. – Malaysiapost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan