Saturday, October 2, 2021

Jumlah kluster Covid-19 menurun

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

PUTRAJAYA: Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tujuh kluster Covid-19 daripada 14 kluster, hari ini, dengan bakinya, enam kluster komuniti dan satu kluster keagamaan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan tiga di Selangor, dua di Johor manakala Kedah dan Perak, masing-masing satu kluster. 

“Kluster komuniti melibatkan Johor, Kelantan dan Sarawak, masing-masing dua kluster manakala satu kluster keagamaan di Perak. 

 “Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 1,068 kluster manakala 4,423 kluster yang tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 11,889 kes berbanding semalam, 12,735 kes sekali gus terus diatasi 15,891 kes sembuh manakala 904 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 492 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. 

Katanya, Sarawak terus menjadi penyumbang terbanyak iaitu 2,413 kes diikuti Selangor (1,568) dan Johor (1,217). 

“Sebanyak 10 negeri mencatatkan kes di bawah 1,000 iaitu Perak (959), Sabah (872), Kelantan (858), Pahang (831), Pulau Pinang (779), Kedah (710), Terengganu (699), Melaka (378), Kuala Lumpur (289) dan Negeri Sembilan (197). 

“Perlis mencatatkan 81 kes dan Putrajaya, 36 kes manakala Labuan hanya dua kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 88 kes sebelum ia berubah kepada 109 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my,

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan, sebanyak 192 kes berbanding kelmarin, 208 kes sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 26,335 kes. 

Sebanyak 47 daripada 192 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,279 kes. 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Sarawak kembali mencatatkan kematian dilaporkan 40 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Johor (34/17), Perak (23/6), Pulau Pinang (21/13), Sabah (20/11), Selangor (18/9), Kedah (9/6), Terengganu (8/4), Kuala Lumpur (7/2), Melaka (4/3), Perlis (4/1), Negeri Sembilan (2/1), Kelantan (1/4), Pahang (1/3).

 Bagaimanapun, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu. -UTUSAN ONLINE

No comments: