Shuhada Abdul Kadir
Pas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu. - Gambar fail
MELAKA:
Susulan keputusan Majis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk memperkukuhkan
Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri
(PRN) Melaka pada November depan, Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk
Kamarudin Sidek menjelaskan bahawa keputusan berhubung tawaran itu akan
hanya dibuat oleh Pas Pusat pada Ahad depan.
Bagaimanapun tambahnya, Pas Negeri Melaka menzahirkan ucapan terima kasih atas tawaran yang diberikan UMNO itu.
"Pada dasarnya Pas Negeri Melaka ucap terima kasih dengan perkembangan terbaharu dari UMNO.
"Tetapi kami perlu tunggu daripada respon Pas Pusat..tunggu Ahad ini," jelasnya secara ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis membuat keputusan untuk bekerjasama dengan Pas pada PRN Melaka itu nanti.
Setiausaha
Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilapor berkata, mesyuarat
memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas selaras dengan
ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat
Nasional (MN) dalam menghadapi PRN Melaka.
No comments:
Post a Comment