Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas diingatkan melakukan pendaftaran sukarela pengambilan vaksin AstraZeneca bermula pukul 12 tengah hari ini.
Mereka boleh berbuat demikian menerusi https://www.vaksincovid.gov.my/en/register/az/.
Antara individu tidak melepaskan memberi peringatan adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam Facebook beliau hari ini.
“Peringatan untuk mereka yang nak dapatkan vaksin, sila bersiap sedia pada pukul 12 tengah hari ini, 26hb Mei 2021 (hari ini). Sejuta slot tersedia untuk ditempah,” katanya.
Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan mula membuka slot tempahan kepada individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca hari ini bermula jam 12 tengah hari.
Ia melibatkan untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor.
Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun.
Seramai 228,347 orang telah mendaftar untuk menerima AstraZeneca.
Sementara itu, Khairy berkata mereka yang diletakkan dalam senarai menunggu sebelum ini akan didaftarkan secara automatik pada kali ini. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment