KUALA LUMPUR – Pelakon Sharnaaz Ahmad menyuarakan rasa bengang dengan kenyataan penyanyi Iman Troye mengenai Covid-19 yang mengakibatkan semua artis termasuklah selebriti senior teruk dihentam netizen di media sosial.
Sharnaaz berharap tidak bertemu dengan penyanyi berkenaan buat masa ini kerana geram melihat tindakan kurang bijak seperti itu.
Dia turut memberi amaran kepada Iman yang popular dengan lagu Teman supaya tidak bergurau mengenai perkara itu ketika ramai yang sedang bertarung nyawa.
“Bila hang petik esok harap 7k bagi aku simple ja. Dalam 7k tu ada mak ayah orang yang tengah bertarung nyawa dan ada yang meninggal. Fikir lah wahai Iman Toye apa taktau nama hang,” tulisnya.
Kelmarin, Iman dikecam netizen kerana menulis statistik angka jangkitan harian Covid-19 disertakan perkataan ‘happy’ (gembira) yang disifatkan netizen dia berbangga dengan angka jangkitan itu.
“Happy 6,900 everyone! Tahniah! Harap esok dapat 7,000 hihi,” tulisnya di Twitter.
Netizen menyifatkan tindakan Iman itu kurang matang kerana menjadikan ia bahan gurauan, selain dan tidak sensitif dengan isu semasa.
Bagaimanapun, beberapa jam selepas memuat naik status itu, Iman dilihat menyahaktif akaun Twitter. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment