Rabu, 7 April 2021

SPRM tahan pengurus syarikat, penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu RM336,000

Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan SPRM di Sandakan 
kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah RM326,000. (Gambar SPRM)

SANDAKAN: Pengurus syarikat dan seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kes tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM336,000.

Sumber berkata, dua lelaki berusia 46 tahun itu ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Sandakan semalam bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka dipercayai terlibat dengan tuntutan palsu membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan dua tahun lepas.

“Dua suspek ini telah dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan bagi permohonan reman dan majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazal kemudian membenarkan kedua-duanya direman selama enam hari bermula hari ini hingga 12 April,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki itu dan berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: