Selasa, 6 April 2021

Kami sedia bantu usaha pendaftaran vaksin Covid-19, kata hospital swasta kepada kerajaan

Adham Baba berkata, setakat ini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta telah 
mendaftar melalui aplikasi MySejahtera. 

PETALING JAYA: Persatuan yang mewakili hospital swasta di Malaysia berkata mereka bersedia membantu orang ramai untuk mendaftar ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Keputusan itu dibuat susulan kenyataan menteri kesihatan Dr Adham Baba di Bernama berkata majoriti rakyat Malaysia belum mendaftar untuk vaksin Covid-19 dan kementerian akan mengenal pasti puncanya.

Adham berkata, kementerian menyasarkan 70% hingga 80% rakyat Malaysia mendaftar untuk program imunisasi, tetapi setakat ini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Dr Kuljit Singh berkata, hospital swasta kini sedang berhubung dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) bagi menyelesaikan beberapa lagi perincian.

“Kami ingin menambah pilihan untuk pesakit awam dan swasta mendaftar secara manual ke dalam sistem tersebut dengan bantuan kakitangan kami di hospital swasta. Ini adalah untuk vaksin percuma yang diberikan oleh kerajaan.

“Hospital swasta kini sedang dalam perbincangan untuk mengesahkan komitmen kami untuk memvaksinasi masyarakat menggunakan vaksin yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Kuljit berkata terdapat kira-kira 210 hospital swasta di Malaysia dengan 152 anggota persatuan secara strategik di seluruh negara termasuk di bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.

“Kami percaya dengan jumlah ini, usaha kami mendapatkan lebih banyak warganegara dan penduduk lain di negara ini mendaftar untuk vaksin tersebut akan meningkatkan program ini.”

“APHM juga berharap selain usaha membantu pesakit di hospital swasta dengan program vaksinasi, kita juga dapat segera memulakan program vaksinasi swasta secara selari bagi petugas barisan hadapan ekonomi sebaik bekalan vaksin mencukupi.”

Namun, lokasi muktamad vaksinasi akan ditentukan di Mysejahtera dan tidak semestinya di tempat pendaftaran.

Tiada ulasan: