Ahad, 4 April 2021

“Jerat tak lupakan pelanduk”, IGP gesa Sajat balik hadapi kes

Usahawan kosmetik, Sajat yang dalam buruan pihak berkuasa

“Jerat tak lupakan pelanduk,” pesanan Tan Sri Abdul Hamid Bador kepada usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.

Menurut Ketua Polis Negara itu, tak apalah jika Nur Sajat mahu muat naik apa-apa pun aktiviti di media sosial cuma pihak berkuasa tak pernah lupakan kesnya.

Kata Abdul Hamid, buat masa ini usahawan itu sedang bersembunyi dan polis masih mengesan lokasi usahawan itu.

“Tak apa kita tunggulah, jerat tak akan lupakan pelanduk. Dia baliklah (nanti),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi hari ini.

 

Abdul Hamid Bador merasmikan Seksyen K9, Jabatan Siasatan 

Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini./ Gambar  

Polis Kedah

Tambah Abdul Hamid, tindakan Nur Sajat yang berterusan menarik perhatian masyarakat dengan kesnya memang sangat menghairankan.

Katanya, ini kerana usahawan itu bukan berhadapan hukuman gantung atau penjara sampai 20 tahun.

“Kenapa nak terus ‘mencuit’ perasaan masyarakat walau sedang bersembunyi di luar negara?

“Saya harap dia bertanggungjawab, cukuplah. Balik (dari luar negara) dan pergilah ke mahkamah,” jelasnya.

Kata Abdul Hamid, semasa Sajat lari dari pihak berkuasa akibat mengelak hukuman mahkamah, polis telah cuba menahannya di sempadan.

“Namun, fahamlah situasi semapdan kita yang tiada tembok. Mereka yang lama guna lorong-lorong tikus, sukar bagi kita,” ujarnya.

Tiada ulasan: