Khamis, 22 April 2021

Jangan tertipu! Beri bantuan Ramadan hanya ‘topeng’ muslihat DAP

Athirah Huda Zalhe

Beriya dekati orang Islam melalui pemberian zakat dilihat meloyakan

BANGI – Rakyat diingatkan supaya tidak tertipu dengan ‘topeng’ kebaikan yang dipakai parti tamak haloba, DAP melalui pemberian bantuan khususnya pada bulan Ramadan.

Apatah lagi, parti berkenaan sangat sinonim dengan perjuangan liberal demokratik dan menolak agama Islam.

Maka, semua bantuan yang diberikan oleh pemimpin parti rasis itu hanyalah muslihat untuk menarik minat orang kepada mereka, kata Naib Presiden (Biro Dakwah) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Mohd Noor Azib Asmangi.

“Berapa banyak kenyataan yang keluar daripada mulut mereka sebelum ini telah menghina agama Islam dan mempertikaikan undang-undang Islam.

“Kita harap agar masyarakat tidak tertipu dengan topeng kebaikan yang dipakai. Itu semua hanya muslihat untuk menarik minat orang kepada mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan tular program pengagihan baucer zakat oleh Ahli Parlimen DAP (Batu Kawan), Kasthuri Patto, baru-baru ini.

Mengulas perkara itu, Mohd Noor Azib menyifatkan tindakan pemimpin DAP yang beriya-iya mendekati umat Islam melalui pemberian zakat sebagai sesuatu yang meloyakan.

“Sebelum ini heboh kononnya mulia benar seorang pemimpin DAP memberikan bantuan motosikal dan juadah berbuka puasa kepada seorang anak muda.

“Sedangkan beribu lagi bantuan yang sama atau lebih baik yang disalurkan oleh individu atau badan agama sendiri.

“Pendek kata, orang nak bagi kita terima. Tapi jangan sesekali terpedaya dengan kata-kata manis dan muslihat politik mereka,” katanya.

Tiada ulasan: