Ahad, 4 April 2021

“Gambar macam aktiviti santai saja”, IGP sahkan Neelofa disiasat

Tan Sri Abdul Hamid Bador

“Gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja,” kata orang no. 1 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Ketua Polis Negara itu merujuk kepada beberapa gambar pasangan pengantin baharu, Neelofa dan PU Ris di pulau peranginan, Langkawi baru-baru ini.

Justeru kata Abdul Hamid, Polis akan memanggil selebriti itu dan suaminya, Haris Ismail, untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pasangan pengantin baharu itu berbulan madu di Langkawi.

Menurutnya, berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial, pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi PDRM hari ini.

Neelofa dan suaminya yang juga seorang ustaz mendakwa 
berada di Langkawi kerana urusan kerja, bukan makan 
anging apatah lagi berbulan madu. Gambar media sosial

Berdasar laporan BH Online itu, yang turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin.

Tiada ulasan: