Sabtu, 24 April 2021

7 kenderaan kemalangan sebelum susur tol Rawang

Oleh NURAINA HANIS ABD. HALIM,

PETALING JAYA: Tujuh kenderaan rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 445, Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) sebelum susur tol Rawang di sini petang tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 4.50 petang itu dipercayai berlaku apabila sebuah treler dalam perjalanan dari ibu negara menghala ke Rawang hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian itu menyebabkan treler itu terbabas sebelum melanggar beberapa kenderaan lain di lorong sama.

“Akibat itu, kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemandu hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) APJ 1987

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Zharif bin Zakaria di talian 013-2969222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: