Isnin, 5 April 2021

3 lelaki ditahan disyaki curi elektrik lombong bitcoin di Seremban

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Rosli Ishak berkata, Tenaga 
Nasional Berhad dianggarkan mengalami kerugian RM75,000 sebulan 
susulan aktiviti mencuri elektrik untuk melombong bitcoin di tiga premis 
terbabit.

SEREMBAN: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam sindiket mencuri elektrik untuk melombong bitcoin selepas menyerbu tiga premis di sekitar Seremban 2 di sini. Semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Rosli Ishak berkata, dalam operasi pukul 2 petang yang dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban turut merampas mesin, peralatan dan kenderaan yang dianggarkan bernilai RM600,000.

“Dalam serbuan itu juga, sebanyak 300 unit mesin perlombongan bitcoin, selain beberapa barangan lain, termasuk tiga monitor, tiga unit pemprosesan pusat (CPU) serta sebuah kenderaan dirampas,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad mengalami kerugian sebanyak RM75,000 sebulan susulan aktiviti mencuri elektrik untuk melombong bitcoin di tiga premis terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan, katanya.

Tiada ulasan: