Rabu, 3 Mac 2021

Kanak-kanak lemas dalam besen di rumah pengasuh

GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui lemas dalam besen di rumah pengasuhnya di Batu Maung di sini, hari ini.

Mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial, yang juga anak bongsu daripada dua beradik dikatakan dijaga pengasuhnya ketika ibu bapanya bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Wan berkata, berita kematian cucunya itu diketahui selepas bapa kanak-kanak itu menghubunginya jam 9.36 pagi tadi.

"Saya bergegas dari Taiping ke sini selepas anak lelaki (bapa mangsa) memaklumkan kejadian itu. Jenazah cucu saya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

"Sebenarnya, cucu saya sudah lama dijaga pengasuh terbabit dan berita ini sangat mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HPP, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian berkenaan.

Tiada ulasan: