Isnin, 29 Mac 2021

Mangsa lemas baru seminggu kahwin

"Kami tidak menyangka kejadian menyayat hati ini berlaku ketika inai masih merah di jari," katanya.

Mizie berkata, dia sedih apabila kejadian itu berlaku di saat kemeriahan majlis perkahwinan adiknya pada Ahad lalu masih lagi diraikan keluarga.

Katanya, mangsa bersama isteri, Syarifah Ramli, 19, merancang bercuti dan berbulan madu bersama ahli keluarga mentuanya di Tasik Kenyir kerana tidak dapat merentas negeri.

Katanya, dia bersama ahli keluarga yang tinggal di Dungun bergegas ke Tasik Kenyir sebaik saja menerima panggilan daripada ahli keluarga mentua adiknya, malam tadi.

Mizie berkata, selepas majlis petkahwinan, adiknya tinggal di rumah mentuanya di FELDA Rasah 2, Kerteh dan kali terakhir dia bertemu mangsa, pada Khamis lalu.

Mizie berkata, ketika itu adiknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik malah, pada hari perkahwinannya, mangsa yang juga anak bongsu daripada lapan beradik gembira menyambut hari bersejarah dalam hidupnya.

Sementara itu, ipar mangsa, Siti Zainab Ramli, 34, berkata, dia ke lokasi percutian itu bersama 15 ahli keluarga dengan menaiki empat kereta.

Katanya, mereka tiba di rumah rakit berkenaan jam 3 petang semalam dan arwah kelihatan sangat teruja untuk mandi.

"Beberapa hari sebelum itu, arwah kelihatan sangat teruja untuk bercuti, sambil berbulan madu dan tidak menyangka sikapnya itu berakhir dengan kesedihan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md Hilman Abdul Rashid, berkata operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan pembabitan pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain bantuan penduduk setempat.

"Hari ini kita memperluas radius pencarian iaitu 25 hingga 30 meter dan menjangka mangsa berada di sekitar lokasi kejadian kerana tiada arus di dasar berkenaan.

"Kita hanya melakukan pemantauan di permukaan air sahaja kerana usaha pencarian menggunakan kaedah selaman gagal kerana kedalaman air sedalam 25 meter menyebabkan keadaan di bawah gelap dan sejuk," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: