Isnin, 29 Mac 2021

Pelajar tahfiz lemas

TUARAN: Seorang pelajar tahfiz berusia 14 tahun lemas ketika mandi di Sungai Kiulu berhampiran rumah penginapan di Kampung Ranap, Kiulu di sini, semalam.

Mayat pelajar tahun satu Madrasah Tahfiz Darul Ulum Azzkia, Papar itu ditemui kira-kira 300 meter di tepi sungai pada jam 7.05 pagi selepas 35 minit dilaporkan lemas.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata mangsa bersama sekumpulan rakan mengikuti program perkelahan anjuran sekolah agama terbabit.

"Mangsa cuba diselamatkan rakannya, namun gagal disebabkan arus sungai deras."

"Sebaik laporan polis dibuat, rakan mangsa yang melakukan pencarian menemukan mangsa lalu membawa mangsa ke Klinik Kesihatan di Pekan Kiulu namun disahkan meninggal dunia oleh paramedik," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat.

Tiada ulasan: